Sukan

38 Sertai Akademi Bola Sepak Uncle Kentang

PUCHONG INDAH – Seramai 38 peserta menyertai latihan bersama Akademi Bola Sepak Uncle Kentang (UKFA), semalam.

Latihan yang sepatutnya diadakan pada hari Isnin dilakukan awal sehari pada hari ahad atas permintaan ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak mereka menyertai UKFA.

Jurulatih, Albert Chung amat berpuas hati dengan kehadiran para pemain dan berbangga dengan usaha serta minat mendalam mereka untuk menyertai latihan.

Para pemain dibimbing oleh jurulatih berpengalaman dan turut disaksikan oleh ibu bapa mereka ketika latihan berlangsung.

Terima kasih kepada penyumbang misteri yang telah menyumbang air mineral dan minuman isotonic kepada para pemain, semalam.

Namun begitu, latihan terpaksa diberhentikan awal gara-gara hujan yang mulai turun.

Jadual latihan akan dikeluarkan semula dan akan diedarkan melalui Facebook UKFA dan “whatsapp group UKFA”

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button