Berita

Bawa Anak PPR Makan Angin Di KL

KUALA LUMPUR – Seramai 30 orang anak-anak dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Jalil telah dibawa bersiar-siar di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Boleh dikatakan hampir setiap bulan anak-anak PPR terpilih akan dibawa bersiar-siar dengan bas mengelilingi Kuala Lumpur sambil menikmati keindahan bandaraya pada malam minggu.

Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng, didalam Facebook berkata tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah untuk mengurangkan stres anak-anak PPR sekaligus dapat memberi ruang kepada ibu bapa mereka berehat di rumah.

“Pihak yang sepatutnya membantu anak-anak ini langsung tidak menjenguk mereka setelah mendapat mandat dan jawatan.

“Justeru, biarlah saya pikul tugas ini dengan mendekatkan diri dengan anak-anak PPR serta membawa mereka bersiar-siar di KLCC dan Dataran Merdeka,” katanya.

Terpancar keriangan diwajah mereka apabila dapat bermain di Dataran Merdeka bersama-sama tanpa mengira bangsa dan agama.

Bersamalah kita perbaiki Malaysia setiap hari, bersatu sehati dan sejiwa.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button