Berita

Topeng Muka Percuma Untuk Sekolah Di Puchong

Dunia digemparkan dengan penularan virus Koronavirus yang boleh membawa kepada kematian penghidapnya.

Penyakit ini dikatakan boleh merebak melalui batuk, selsema dan juga sentuhan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya memakai topeng muka untuk mengelakkan dari terkena penyakit ini.

Atas faktor keselamatan, Pengasas Winner Dynasty Group, Dato’ Seri Nicky Liow mengumumkan untuk membekalkan topeng muka secara percuma bagi seluruh sekolah di Puchong.

Nicky Liow dalam pertemuannya semalam di ibu pejabat Winner Dynasty Group telah berhasrat untuk memberikan topeng muka kepada seluruh warga pendidik dan pelajar selari dengan tanggungjawab sosial korporat  (CSR) yang mereka tekankan selama ini.

Secara peribadi saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Nicky Liow atas keprihatinan kepada warga Puchong.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Back to top button