Berita

Perintah Kawalan Pergerakan : Khidmat Ambulans Uncle Kentang Diteruskan

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.

Beliau berkata, perintah kawalan selama 14 hari itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Namun begitu, perkhidmatan Community Policing Ambulans (Ambulans Uncle Kentang) tetap beroperasi seperti biasa kerana perkhidmatannya dalam kategori kesihatan dan boleh dikecualikan untuk berhenti.

Kes kecemasan seperti kemalangan jalan raya, kecederaan di tempat kerja atau di rumah, pindah pesakit dari hospital ke rumah dan sebagainya pihak Ambulans Uncle Kentang akan berkhidmat seperti sebelumnya.

Manakala bagi mangsa yang mengalami masalah lemah anggota badan seperti demam, selesema dan batuk pula perkhidmatan ini terpaksa ditolak buat sementara waktu kerana pihak Ambulans Uncle Kentang tidak memiliki peralatan perlindungan diri (PPE) yang mencukupi.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan memerlukan perkhidmatan Ambulans Uncle Kentang sila hubungi 012 251 1976.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Back to top button