Berita

50 Pek Nasi Goreng Untuk Orang Lapar

Hari ini pejabat Aktivis Masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) menerima 50 pek nasi goreng yang disumbangkan oleh salah seorang pengikut facebooknya untuk diberikan kepada mereka yang terputus bekalan makanan.

Sumbangan tersebut tiba di Restoran Maju Utama pada jam 11 pagi dengan menggunakan perkhidmatan penghantaran Grab.

Pek makanan tersebut kemudiannya telah diagihkan oleh Uncle Kentang di Taman Permata Dengkil bagi membantu mereka yang terjejas di sana.

Lebih 20 keluarga dapat menikmati nasi goreng tersebut malah rata-rata penerima berasa amat gembira dan bersyukur dengan rezeki yang diterima pada hari ini.

Penyumbang pek nasi goreng, yang hanya dikenali sebagai Kavita, berkata, beliau berharap agar makanan tersebut dapat membantu mereka yang sedang kelaparan sementara menerima bekalan bantuan dari kerajaan.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button