Berita

Klinik Kesihatan Batu 14 Puchong Terima 100 Set Peralatan Perlindungan Diri

Aktivis Masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang), menyerahkan 100 set Peralatan Perlindungan Diri (PPE) kepada Klinik Kesihatan Batu 14 Puchong bagi kegunaan barisan hadapan menangani wabak Covid-19.

Hasil sumbangan orang ramai menerusi Uncle Kentang, set PPE itu berjaya diserahkan kepada wakil Klinik Kesihatan Batu 14 Puchong, hari ini.

Uncle Kentang berkata, sumbangan itu diberikan kerana pihak Klinik Kesihatan Batu 14 Puchong telah hampir kehabisan PPE bagi kegunaan barisan hadapan ketika bertugas menangani wabak Covid-19.

Menurut beliau, pihaknya bersedia menyalurkan bantuan lain sekiranya diperlukan dan menyarankan pihak Klinik Kesihatan Batu 14 Puchong untuk terus berhubung bagi mendapatkan bantuan.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button