Berita

1,000 Roti Krim Untuk Mereka Yang Lapar

“Terima kasih Dato Paul Lim atas sumbangan 1,000 roti krim untuk mereka yang lapar,” demikianlah hantaran di facebook aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang), baru-baru ini.

Roti krim pelbagai perisa tersebut telah diedarkan kepada penduduk Pangsapuri Melor, Puchong agar dapat membantu mereka yang dalam kelaparan.

Selain roti krim, 300 biji roti canai turut diedarkan kepada penduduk setempat untuk sarapan pagi.

Dalam hantaran tersebut, beliau memberitahu sekiranya terdapat penduduk di Pangsapuri Melor yang terputus bekalan makanan, mereka boleh berhubung dengan Encik Roslan ditalian 0189474282.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button