Berita

PETRON Sumbang 500 Kampit Beras Dan 500 Botol Minyak Masak Kepada Golongan Asnaf

Pelbagai pihak mula tampil memberikan bantuan kepada golongan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga yang dilanjutkan oleh kerajaan bagi mengekang wabak Covid-19 di Malaysia.

Petron Malaysia telah menyalurkan sumbangan beras sebanyak 500 kampit dan minyak masak sebanyak 500 botol kepada aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan di Puchong, baru-baru ini.

Sebanyak 100 keluarga berjaya dibantu pada hari pertama Ramadhan dan sumbangan itu diberikan oleh dua orang wakil daripada Petron Malaysia, Encik Haron dan Encik Wahi bersama Uncle Ketang kepada penduduk di Flat Bandar Bukit Puchong, Puchong Utama Court 1 dan Pangsapuri Melor.

Petron Malaysia telah berkongsi hantaran dari laman facebook Kuan Chee Heng dengan orang ramai berkenaan sumbangan yang telah dilakukan.

Orang ramai boleh buka link dibawah serta “follow” facebook Petron Malaysia untuk aktiviti pekembangan semasa.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button