Berita

Kentangcafe.com Kongsi Platform E-Dagang Bersama Usahawan

Pelbagai inisiatif dan insentif kerajaan bagi membantu mereka yang terjejas pendapatan bertujuan untuk meringankan beban rakyat akibat penularan wabak Covid-19.

Malah ramai juga sudah mula berjinak-jinak memulakan perniagaan secara atas talian bagi membantu jana pendapatan keluarga.

Atas usaha itu, aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang), membuka peluang kepada usahawan dan bukan usahawan untuk menggunakan platform www.kentangcafe.com untuk menjual barangan masing-masing.

Kentangcafe.com merupakan salah satu inisiatif Uncle Kentang untuk membantu mereka yang tidak mempunyai kerja ketika PKPD agar dapat menjana pendapatan sampingan dengan menggunakan platform tersebut.

Dengan jumlah pengikut di facebook seramai  559,607 pada masa ini, platform kentangcafe.com dijangka mampu menarik minat mereka untuk membeli dan menjual di atas platform tersebut.

Orang ramai boleh menjual apa sahaja barangan di platform tersebut selagi tidak melanggar undang-undang Malaysia.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan Kentangcafe.com sila hubungi 01135896370 (Zam) atau 0183205394 (Azym)

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button