Berita

Sedekah 380 Pek Bubur Lambuk

Sebanyak 380 pek bubur lambuk telah diedarkan oleh aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) di Puchong, semalam.

Hasil sumbangan orang ramai, bubur lambuk tersebut telah diedarkan kepada keluarga asnaf dan miskin.

Penerima terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan kelihatan gembira menerima juadah tersebut kerana boleh berbuka bersama keluarga masing-masing.

Selain bubur lambuk, kuih-muih juga diberikan bersama pek bubur lambuk tersebut.

Sumbangan boleh disalurkan melalui CIMB 7015170449 Kuan Chee Heng dengan nota BUBUR LAMBUK.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button