Berita

Pakcik Terlantar Perlu Ke BSN Untuk Cap Jari, Kita Permudahkan

Khidmat Komuniti Uncle Kentang bagi membantu mereka yang dalam kesusahan dan kesempitan sentiasa mendapat perhatian masyarakat.

Baru-baru ini, aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) telah membantu seorang warga emas yang terlantar dan tidak boleh bergerak ke Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi urusan cap jari.

Uncle Kentang dan team terpaksa mengusung pakcik tersebut dari aras 3 sehingga ke aras bawah sebelum di bawa masuk ke dalam ambulans kerana kediamannya tidak mempunyai lif.

Namun, urusan di BSN, Bandar Puchong Jaya berjalan dengan baik malah kakitangannya juga banyak membantu makcik di kaunter ketika proses menghantar borang dilakukan.

Setelah itu, salah seorang pegawai BSN kemudiannya menuju ke ambulans yang diparkir dihadapan bank bagi urusan mengambil cap jari pakcik tersebut untuk melengkapkan proses permohonan yang dilakukan.

Urusan di BSN tidak memakan masa yang lama dan hanya seketika kami kemudiannya dapat menghantar pakcik dan makcik pulang ke apartment mereka di Puchong Utama, Court 1.

Terima kasih BSN atas kerjasama yang baik dan memudahkan proses permohonan pakcik dan makcik.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button