BeritaUncategorized

Uncle Kentang Lancar Program 1,000 YB Kecil

1,000 pegawai Community Policing (CP) yang diwujudkan oleh aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) adalah untuk membantu komuniti setempat.

Uncle Kentang dalam satu hantaran di Facebooknya, berkata pegawai CP yang diwududkan akan menjadi satu rangkaian yang bermanfaat kepada mereka yang susah, sakit dan perlukan makanan.

Menurutnya lagi, pegawai CP juga berperanan sebagai YB Kecil kawasan masing-masing dengan memberi bantuan awal kepada pemohon tanpa mengira bangsa, agama serta pegangan politik mereka.

Uncle Kentang juga mengalu-alukan Yang Berhormat yang berminat untuk menggunakan sistem YB Kecil ini bagi membantu menjaga kawasan mereka.

1,000 pegawai CP akan diberikan latihan oleh Community Policing Malaysia bagi mengukuhkan lagi perpaduan dan keharmonian negara.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi pegawai CP dan mampu memikul amanah yang diberikan sila klik link dibawah : https://unclekentang.com/2020/07/13/borang-pendaftaran-pegawai-community-policing-malaysia/

Atau hubungi 011 3589 6370 (Zam)

Semoga kita semua bermuafakat menjadi orang yang berguna semasa hidup kepada bangsa dan negara.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button