Berita

Pasar 10 Sen Ringankan Beban Asnaf

Pasar 10 sen anjuran aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk Puchong dan sekitar.

Lebih 300 orang hadir bagi mendapatkan barangan keperluan seperti sayur dan ayam yang dijualkan kepada mereka hanya RM 0.10 sen setiap satu.

Menurut Uncle Kentang jualan barang RM 0.10 sen itu bertujuan agar mereka yang susah dapat membeli barangan keperluan serta berusaha untuk mendapatkannya.

Ini akan membuatkan mereka lebih menghargainya kerana barangan tersebut dibeli dan bukannya diperoleh secara percuma.

Antara barangan yang dijual dengan harga RM 0.10 sen seperti sayur, ayam, baju, pinggan mangkuk dan barangan bayi.

Selain itu, Yusenviro Solution juga turut memberikan penyembur sanitasi dan isian semula secara percuma 300 botol kepada pelanggan terawal.

Ini bertujuan agar keluarga asnaf dapat melindungi diri dan keluarga mereka dari virus, bakteria dan kulat.

Dalam pada itu, pemeriksaan kesihatan dilakukan oleh Pertubuhan Kesihatan Jantung Malaysia (MyHeart) dengan melakukan saringan kepada semua pelanggan yang hadir seperti pemeriksaan darah tinggi, jantung dan lain-lain.

Kebanyakkan mereka yang melakukan saringan diberikan nasihat kesihatan seperti menjaga pemakanan, bersenam serta melakukan pemeriksaan lanjut di hospital berhampiran.

Dalam pada itu, Sayur Delight telah menyumbang sebanyak 700 kilogram sayur segar dari Cameron Highland untuk diagihkan kepada keluarga asnaf yang hadir.

Kira-kira 3 kilogram sayur diagihkan kepada setiap keluarga asnaf seperti kangkung dan bayam.

Manakala 100 bungkus nasi lemak turut diberikan secara percuma kepada pelanggan terawal yang hadir disumbangkan oleh Kelate Runner.

Pendaftaran MyKasih juga turut dilakukan oleh Liew Yew Fook dengan mengenal pasti beberapa keluarga asnaf agar mereka mendapat bantuan yang sewajarnya.

Pasar yang bermula jam 9 pagi itu tamat pada jam 11 pagi.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button