Berita

Gerobok Rezeki Ringankan Beban Ibu Bapa Pelajar SMKPBP (1)

Usaha pihak pengurusan, guru dan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong (SMKPBP) (1) mewujudkan gerobok rezeki kepada ibu bapa dan pelajar patut diberi pujian.

Perasmian gerobok rezeki telah disempurnakan oleh Pengetua SMKPBP (1), Puan Rohani Mohd Noor dan Yang Dipertua PIBG, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan panggilan Uncle Kentang.

Menurut Uncle Kentang, kewujudan gerobok rezeki ini adalah bertujuan untuk membantu keluarga pelajar yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan pada 18 Mac yang lalu.

“Saya difahamkan ramai ibu bapa terjejas akibat PKP seperti kehilangan pekerjaan dan tidak mendapat pendapatan tetap kerana syarikat tidak dapat beroperasi seperti biasa.

“Mereka memerlukan masa untuk pulih dan dengan usaha ini diharapkan dapat membantu meringankan beban.” katanya ketika dihubungi.

Menurut Uncle Kentang, gerobok rezeki tersebut juga merupakan ilham dan hasil sumbangan daripada pihak pengurusan, guru, pelajar dan PIBG SMKPBP(1).

“Gerobok ini tidak terhad kepada mereka yang miskin sahaja namun terbuka kepada mereka yang memerlukan pada ketika itu.

“Saya berharap gerobok rezeki ini dapat diluaskan lagi kepada komunit-komuniti setempat agar dapat membantu mereka diluar sana yang memerlukan bantuan.” katanya lagi.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button