Berita
Trending

Terkini : Bantuan Prihatin Rakyat, Rakyat Bakal Terima Kenaikan Bantuan

6 November 2020, Kuala Lumpur – YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia mengumumkan Bantuan Sara Hidup (BSH) akan digantikan kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) untuk tahun 2021 dengan penambahbaikan kadar bantuan & kategori.

Kenaikan bantuan dapat dilihat didalam Bantuan Prihatin Rakyat ini sehingga RM300 kepada golongan sasar.

Bagi isi rumah berpendapatan kurang dari RM2500, bantuan RM1200 bakal diterima bagi mereka yang mempunyai 1 orang anak manakala RM1800 bagi 2 orang anak atau lebih.

Bagi isi rumah berpendapatan dari RM2,501 sehingga RM4,000, bantuan RM800 bakal diterima bagi mereka yang mempunyai 1 orang anak manakala RM1200 bagi 2 orang anak atau lebih.

Bagi individu bujang berpendapatan kurang RM2500, bantuan diterima adalah sebanyak RM350 dengan had umur penerima dikurangkan sehingga 21 tahun.

Kenaikan bantuan berjumlah RM6.5 bilion yang dijangka memanfaatkan 8.1 juta penerima berbanding 4.3 juta penerima sebelum ini dengan nilai bantuan bernilai RM5 bilion.

Sebagai tambahan, RM1.5 bilion diperuntukan bagi Program Jalinan Prihatin di mana bantuan sebanyak RM180 dalam bentuk kredit telekomunikasi yang dijangka akan memberi manfaat 8 juta individu B40.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button