Berita

Uncle Kentang Belanja 200 Keping Roti Canai Kepada Penduduk Flat Bukit Puchong

Lebih 100 keluarga tidak perlu berlapar pagi ini apabila sebanyak 200 keping roti canai telah diagihkan kepada penduduk Flat Bukit Puchong, sebentar tadi.

Aktivis Masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang), berkata tujuan beliau mengagihkan roti canai berkenaan adalah untuk meringankan beban keluarga susah disitu memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat telah bersambung (PKPB) sehingga 6 November ini.

Tambahnya lagi, bantuan akan diteruskan dari masa ke semasa bagi membantu keluarga asnaf yang terjejas akibat PKPB.

Agihan bermula jam 9.30 pagi berakhir jam 10.00 pagi dengan bantuan Jurulatih Uncle Kentang Football Academy, Albert Chung dan Skuad Kebajikan Kentang.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button