BeritaUncategorized

Hambat Asnaf Di Saujana Puchong

Beberapa hari yang lalu, aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang telah mengadakan pertemuan bersama beberapa orang sukarelawan di Saujana Puchong bertujuan mencari keluarga asnaf di Saujana Puchong.

Pertemuan tersebut mendapat perhatian dari sukarelawan yang bersungguh-sungguh mahu membantu keluarga asnaf agar tiada lagi yang kelaparan.

Pada keesokkan harinya Uncle Kentang telah mengagihkan sayur sumbangan Pasar Segar Subang Jaya Ara Damansara kepada sukarelawan saudara Hari untuk diberikan kepada keluarga asnaf.

Rata-rata pemohon yang hadir berasa gembira kerana dapat keperluan makanan yang secukupnya untuk keluarga mereka.

Agihan tersebut diadakan bersebelahan pasaraya 99 speedmart bagi memudahkan pemohon bantuan mencari lokasi sumbangan.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button