Berita

Hasil Jual Kotak Sebagai Punca Rezeki Keluarga

Sebak apabila Skuad Kentang Siasat (SKS) tiba di kediaman Puan Kamariah, 36 apabila melihat anaknya seramai 7 orang menanti kepulangan ibu mereka pulang mencari rezeki setiap hari.

Kamariah yang juga ibu tunggal bekerja sebagai penjual kotak dan botol plastik bagi menyara 7 orang anaknya di rumah.

Menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga bukanlah mudah, apa tah lagi selepas menjalani pembedahan tiroid pada tahun lalu telah menyukarkan dia untuk bekerja seperti biasa.

Selepas pembedahan tersebut, dia telah dinasihatkan oleh doktor agar tidak melakukan kerja-kerja berat kerana keadaan jantungnya juga tidak begitu baik.

Menurut Kamariah, dia sanggup melakukan apa jua pekerjaan asalkan dapat memberi makan kepada anak-anaknya di rumah.

Selain itu, pergerakan Kamariah juga terbatas kerana tidak mempunyai sebarang pengangkutan walaupun sebuah basikal.

Motorsikalnya telah dicuri beberapa tahun lalu dan dia sendiri tidak mampu untuk membeli kerana tidak mempunyai pendapatan tetap.

Setiap hari barangan kutipan kotak akan diisi ke dalam guni dan dibawa ke pusat jualan dengan menggendongnya dengan tangan.

Hasil yang diperoleh dari menjual kotak dan botol plastik hanya sekitar RM40 sehari serta bergantung kepada faktor cuaca.

Walaupun Kamariah penerima bantuan Zakat, namun dia terpaksa keluar untuk mencari rezeki bagi menjelaskan bil dan membeli keperluan barang makanan.

Bantuan berterusan dari Uncle Kentang sejak beberapa tahun lalu dengan memberikan barang makanan kepada Kamariah sekeluarga sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button