Berita

Sumbang 10 Set Bekalan Makanan Kepada Unit Sosial Hospital Tuanku Jaafar

Keprihatinan Unit Sosial, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban seharusnya dipuji kerana sering mengambil berat keadaan pesakit dan keluarga di hospital tersebut.

Latar belakang pesakit yang datang ke hospital terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan latar belakang, tambahan lagi apabila Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ramai keluarga terjejas dan hilang punca pendapatan.

Oleh itu, pihak Unit Sosial Hospital Tuanku Jaafar telah mengambil inisiatif dengan memberikan bantuan makanan kepada keluarga yang benar-benar memerlukan.

Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) mengambil peluang membantu dengan menyalurkan 10 set keperluan makanan, 25 kampit beras dan 3 karton ubat gigi Raiya kepada Unit Sosial Hospital Tuanku Jaafar bagi membantu pesakit yang terjejas, semalam.

Sumbangan tersebut diserahkan sendiri oleh Uncle Kentang kepada wakil Unit Sosial Hospital Tuanku Jaafar, Puan Wati.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button