Berita

Bantu Gelandangan Dapatkan Tempat Tinggal

Setelah bertahun tidur dibawah jejantas di Bandar Sunway, seorang gelandangan telah dibantu dapatkan tempat penginapan yang lebih selesa.

Maklumat hasil orang ramai itu, menarik perhatian aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) untuk membantu gelandangan tersebut.

Uncle Kentang kemudiannya bertemu dengan gelandangan tersebut dan bertanyakan beberapa soalan sebelum memujuknya ke tempat penginapan baharu.

Hanya mahu dikenali sebagai Ah Chong, dia memberitahu bahawa sudah lama jejantas itu menjadi tempat tidurnya.

Seterusnya Uncle Kentang meminta Skuad Kentang Siasat untuk menghantar Ah Chong ke sebuah rumah transit di Subang.

Sebelum itu, Uncle Kentang telah menghubungi Penaung, Inspirasi Mualaf, Muhammad Roger James Arnold untuk menempatkan Ah Chong ke pusat jagaan di Subang.

Terima kasih kepada Inspirasi Mualaf yang sudi menerima tetamu serta penginapan yang selesa buat mereka yang hilang tempat kediaman.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button