Berita

TNB Terangi Masa Depan Dua Beradik

Terima kasih Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana bantu menerangi semula kediaman dua beradik yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi setelah bekalan itu dipotong akibat tunggakkan.

Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada TNB kerana selain bekalan elektrik telah disambung semula, keluarga malang itu juga turut menerima bantuan dari Khidmat Sosial Korporat (CSR) TNB Selangor.

Dalam pada itu, TNB Selangor turut menjelaskan bil tertunggak keluarga tersebut serta memulangkan wang yang telah dibayar oleh Uncle Kentang.

Dalam masa singkat keluarga tersebut telah mendapat semula bekalan elektrik meskipun pada hari cuti Thaipusam.

Terima kasih kepada Ketua Setiausaha, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Zurinah Pawanteh, Cik Farah dan Tuan Aziril dari ibu pejabat TNB yang banyak membantu menyelesaikan masalah keluarga tersebut.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button