Berita

Bukan Tak Mahu Jawab Panggilan Kamu…

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksana sudah ramai keluarga dan individu-individu terjejas telah menghubungi aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) bagi mendapatkan pertolongan serta bantuan makanan.

Boleh dikatakan setiap hari, jumlah pemanggil meningkat dari ratusan ke ribuan panggilan ke telefon bimbit Uncle Kentang kerana ramai memerlukan bantuan daripadanya.

Malah beribu mesej didalam Whatsapp tidak dapat dijawab satu-persatu kerana peningkatan pemohon menghubungi Uncle Kentang setiap masa.

Tidak kurang juga ada segelintir masyarakat yang memarahi serta menghamburkan kata-kata kesat kerana tidak dapat mendapat bantuan serta tidak membalas Whatsapp mereka.

Situasi ini Uncle Kentang hadapi dengan tenang kerana beliau percaya orang ramai tertekan akibat kesempitan dan telah memaafkan mereka yang telah menyinggung perasaannya.

Namun begitu, Uncle Kentang telah menggandakan lagi usaha bersama timnya bagi menyalurkan bantuan kepada mereka yang terjejas dengan lebih cepat dan pantas.

Uncle Kentang telah berjumpa dengan beberapa ketua dan wakil penduduk bagi mengenal pasti keluarga yang benar-benar terjejas agar bantuan dapat disalurkan terus kepada mereka.

Selama beberapa minggu bantuan dari pelbagai pihak yang menaja beras, tepung, gula, minyak, lampin pakai buang, susu bayi, mie segera dah sebagainya telah diagihkan kepada beberapa ribu keluarga terjejas di sekitar Puchong.

Menurut Uncle Kentang, pemohon yang menghubunginya bukan sahaja terdiri dari sekitar Puchong sahaja, malah sekitar Lembah Klang juga turut merayu bantuan makanan.

Syukur kerana adanya tim Community Policing Malaysia (CPM) di Ampang, Klang, Gombak, Kajang, Seri Kembangan dan Shah Alam turut sama menyertai sukarelawan bagi melancarkan proses agihan makanan di kawasan masing-masing.

Tidak kurang juga tim CPM di Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan saling membantu masyarakat yang terjejas di kawasan mereka.

Kini pusat panggilan Uncle Kentang telah menerima lebih seribu panggilan sehari dari pelosok negara serta bantuan tersebut telah saya salurkan dan dibantu oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) di tempat masing-masing.

Orang ramai harus faham kerana PKP ini pergerakkan Uncle Kentang terhad dan sukar untuk menyalurkan bantuan keluar negeri namun begitu beliau tetap menyalurkan maklumat pemohon kepada NGO atau CPM berdekatan bagi menghulurkan bantuan.

Sebarang permohonan bantuan makanan sila hubungi pusat panggilan Uncle Kentang ditalian 03 8065 6666.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button