Automotif

Honda N-Box Facelift, Sangat Comel

Honda N-Box merupakan salah sebuah kenderaan yang paling laris di Jepun apabila jualan kumulatif telah mencecah 1.8 juta unit dan antara kei-car terlaris untuk tahun kelima berturut-turut.

N-BOX generasi kedua dilancarkan pada tahun 2017 di Jepun dan setelah beberapa tahun di pasaran kini tiba giliran model dipertingkatkan (facelift) diperkenalkan.

Sama seperti sebelumnya, model facelift kekal comel dan perubahan yang dibuat tidak besar.

Siapa sangka Honda N-Box sebenarnya hanya menggunakan enjin berkapasiti 660cc yang mempu menjana kuasa 58PS dan tork sebanyak 65Nm.

Lebih menarik lagi apabila enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear CVT, bersama pilihan pacuan roda hadapan atau semua roda.

Bagi mereka yang perlukan lebih kuasa jangan bimbang kerana enjin turbo ada ditawarkan.

Jika anda perasan, perubahan ketara ialah pada fascia hadapan dengan rekaan baharu dan lampu utama jenis LED (N-Box-Custom).

Model generasi kedua ini menawarkan ruangan kabin lebih luas serta masih mengekalkan rekaan bentuk kotak yang comel.

N-Box yang baharu kini 80kg lebih ringan serta tegar jika dibandingkan dengan model terdahulu kerana ianya dibina di atas platform serta teknik penyambungan yang baru.

Menariknya bahagian dalaman N-Box ini, ia dipasang dengan stereng tiga jejari, push start button serta paparan multi maklumat pada kluster instrumen.

Selain itu, pelbagai pilihan turut diberikan termasuklah GPS dan tempat duduk Aller Clean.

Dengan fungsi Super Slide bagi tempat duduk hadapan, penambah baikkan ini ada ciri aspek praktikaliti ruang kabinnya.

Ia kini boleh digelongsor sejauh 570mm ke hadapan.

Ruangan dalaman lebih kemas dan selesa

Antara ciri menarik, penumpang boleh berjalan dari hadapan ke belakang tanpa sebarang masalah kerana keadaan lantai dan bumbung yang rata.

Dilengkapi dengan sistem keselamatan seperti 6 beg udara dan Honda SENSING, N-Box menjadi model kei-kar pertama yang memilikinya.

Antara fungsinya termasuklah Collision Mitigation Braking, False Start Prevention, Traffic Sign Recognition dan Road Departure Mitigation.

Tidak terkecuali, Adaptive Cruise Control, Lane Keeping Assist dan Pedestrian Collision Mitigation Steering System.

Model ini didatangkan dengan 9 warna dan empat warna dua tona sebagai pilihan.

Sumber
Gambar Kredit
Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button