Coretan

Cara Memohon Bantuan Dari Uncle Kentang

Setiap hari saya menerima ribuan mesej mahu di dalam telefon ataupun inbox di laman facebook dan antara soalan sering diterima “Uncle Kentang boleh bantu saya tak?”.

Jika boleh terus nyatakan apakah bantuan yang kamu inginkan sama ada perlukan barang makanan, rawatan, ambulans dan lain-lain serta berikan juga alamat penuh dan gambar selfie keluar agar mudah saya untuk menyalurkan maklumat kepada team berdekatan.

Tanpa maklumat tersebut saya tak dapat nak balas seorang demi seorang dengan beribu-ribu permohonan sehari.

Sila hubungi panggilan pusat Uncle Kentang 03 8065 6666. Hari dan waktu operasi adalah pada isnin hingga jumaat di buka seawal jam 9.30 pagi hingga 5.00 petang.

Berikan maklumat anda seperti dibawah ini:

Nama penuh:
Alamat:

No Tel:
No IC:
Jenis Bantuan Yang Diperlukan: Makanan, rawatan cuci luka, perkhidmatan ambulans dan sebagainya
Gambar keluarga/selfie:

Maklumat yang berikan adalah untuk rekod dan memudahkan saya untuk menyiasat dengan pergi ke kediaman anda.

Sekali lagi saya merayu, tolonglah berikan maklumat lengkap dan jangan lagi tanya soalan “boleh bantu saya?”

Lagi paparan

Artikel berkaitan

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button