Berita

KK Super Mart Jalin Kerjasama Bersama Uncle Kentang Melalui Program “White Flag”

Prihatin dengan nasib dan kesusahan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia akibat pandemik Covid-19, KK Super Mart telah mengambil inisiatif membantu mereka yang terjejas dengan memperkenalkan Program “White Flag”.

Program “White Flag” telah disempurnakan oleh aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) bersama Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat KK, Datuk Seri Dr KK Chai, baru-baru ini.

Setiap sumbangan yang dilakukan oleh orang ramai akan disalurkan kepada Uncle Kentang bagi membuat agihan kepada mereka yang memerlukan.

Melalui program ini, orang ramai boleh menyumbang dengan membuat pembelian melalui platform Shopee dan pembayaran menggunakan ShopeePay.

Terdapat 4 pakej sumbangan yang boleh dilakukan dengan harga bermula dari RM9.20 sehingga RM13.00.

Pakej 1:
HUP SENG Cap Ping Pong Cream Crackers 428g.

Pakej 2:
KK BRAND Beras Bermutu Tinggi Super Spesial Tempatan 5kg.

Pakej 3:
NAZRI Sardine 155g.

Pakej 4:
NAZRI Baked Beans 425g

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button