Beritapermohonan

Jual Pucuk Ubi dan Sirih Sebagai Punca Rezeki

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Lydia, 44, bagi menyara keluarga termasuk menjual pucuk ubi, sirih dan anak pokok agar dapurnya terus berasap.

Suaminya bekerja disebuah gereja dengan pendapatan RM1600 sebulan namun, ia hanya sekadar cukup untuk membayar sewa kediaman serta bil api dan air.

Meskipun begitu, Lydia tidak pernah berpeluk tubuh malah terus mencari ikhtiar untuk berniaga bagi menampung perbelanjaan keluarga mereka.

Lydia yang sebelum ini menjual hasil kraf tangan di pusat membeli belah, kini hilang punca pendapatan dan terpaksa akur akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan sejak tahun lalu.

Minatnya yang mendalam dalam bidang perniagaan, Lydia berhasrat untuk menjual nasi berlauk dan bergoreng di sebuah pasar tani sekitar Seri Kembangan.

Barang keperluan seperti meja makan serta kerusi untuk berniaga diberikan oleh teman dan Lydia cuma perlukan sebuah khemah 8 x 20 serta dapur memasak.

Oleh demikian, Lydia hubungi aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) bagi mendapatkan bantuan kewangan sebagai modal untuk memulakan perniagaannya.

Menurut Lydia, sebelum ini dia pernah berniaga di pasar-pasar pagi di sekitar Seri Kembangan dan Kajang mendapat sambutan menggalakkan dari pengunjung di situ.

Permohonan Lydia untuk memulakan perniagaan mendapat perhatian pihak Uncle Kentang.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button