Berita

Bidaan Amal Kumpul RM54,288 Bagi Baik Pulih Kediaman Faiz

Sebanyak RM54,288 telah berjaya dikumpul pada satu biadaan amal yang diadakan pada 16 Oktober 2021 jam 10.00 malam menerusi live di laman Facebook AGTV dengan kerjasama aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang), baru-baru ini.

Bidaan amal tersebut bertujuan untuk membaik pulih kediaman Faiz dengan mengubahsuai kedudukan dapur dan tandas demi keselamatan ibu Faiz yang semakin uzur.

Antara barangan yang dilelong pada malam tersebut adalah seperti jersi bertandangan, raket badminton dan baju berhood milik pemain badminton negara.

Seramai 6 orang wira negara mengambil bahagian dengan menyumbang barangan mereka bagi kutipan dana pada malam tersebut antaranya seperti Datuk Wira Lee Chong Wei, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying, Aaron Chia Teng Fong, Soh Wooi Yik dan Lee Zii Jia.

Bidaan jersi dan raket Chan Peng Soon berjaya membuat kutipan sebanyak RM4,999 oleh Good Timing, diikuti oleh Goh Liu Ying dengan bidaan oleh Taytay Taf sebanyak RM5,900.

Seterusnya Jersi dan raket milik Aaron Chia Teng Fong telah mendapat bidaan sebanyak RM5,800 oleh Diana Lim dan bidaan sebanyak RM5,288 oleh Andy Yap berjaya miliki barangan milik Soh Wooi Yik.

Kemuncak acara pada malam tersebut, barangan milik Datuk Wira Lee Chong Wei berjaya meraih lelongan sebanyak RM19,000 oleh Chow How Ban dan diikuti oleh Tzesee Bong berjaya raih RM9,300 bagi bidaan milik Lee Zii Jia.

Baju berhood milik Datuk Wira Lee Chong Wei berjaya dimiliki oleh Dann Lee apabila berjaya dengan bidaan tertinggi sebanyak RM4,001 pada malam tersebut.

Jumlah keseluruhan bidaan terkumpul pada malam itu berjaya meraih kutipan sebanyak RM54,288.

Kesemua hasil kutipan ini akan disalurkan kepada Faiz bagi membaikpulih kediamannya.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button