Berita

Penglihatan Fazil Kembali Pulih Selepas Pembedahan

Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia (PAUKM) telah menyumbang sebanyak RM4,000 kepada Fazil bagi menjalani pembedahan mata kirinya.

Fazil yang menetap di Kuala Krau, Temerloh, Pahang telah kehilangan penglihatan sejak Januari 2021 secara tiba-tiba perlu menjalani pembedahan secepat mungkin.

Menurut Fazil, dia hanya ingin melakukan pembedahan pada mata sebelah kiri sahaja buat masa ini kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk mengubati kedua-dua belah matanya.

Kos pembedahan mata sebelah kiri menelan belanja sebanyak RM7,000 tidak termasuk kos-kos rawatan susulan lain selepas itu.

Pada 28 Oktober Fazil telah selamat menjalani pembedahan matanya walaupun terdapat sedikit kompilasi ketika itu.

Pada sebelah malamnya Fazil dan keluarga telah diberikan penginapan oleh Uncle Kentang di Hotel 99 Bandar Puteri Puchong bagi memudahkan urusannya menjalani pemeriksaan susulan keesokkan harinya.

Setelah keesokkan harinya Fazil telah mengikuti temujanji bagi membuat pemeriksaan matanya di hospital.

Penutup mata sebelah kirinya dibuka dan dengan perlahan-lahan Fazil membuka matanya dan dengan wajah tersenyum dia memandang doktor sambil berkata “Saya dah nampak, Alhamdulillah”.

Itulah antara kata-kata yang keluar dari mulut Fazil secara spontan.

Setelah dilakukan pemeriksaan, doktor memaklumkan bahawa mata Fazil telah pulih sebanyak 30% namun ianya akan beransur-ansur pulih dari hari ke hari.

Terima kasih kepada para penderma yang budiman kerana telah merealisasikan impian Fazil untuk melihat kembali.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button