Ibu 6 Anak Rayu Bantuan Uncle Kentang Setelah 5 Hari Bermalam Di Stesen Minyak Kerana Bercerai Dan Di Usir Tuan Rumah
Wanita malang yang diusir dari rumah sewa terpaksa merayu bantuan daripada aktivis masyarat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) demi membeli makanan kepada 6 orang anaknya yang masih kecil menerusi aplikasi whatsapp.
Mesej yang dihantar pada awal pagi itu menarik perhatian Uncle Kentang setelah gambar anak-anak wanita tersebut yang sedang tidur di dalam kereta mengundang sebak aktivis masyarakat itu.
Uncle Kentang kemudiannya bergegas bertolak ke Rasa, Selangor dan seterusnya menunggu wanita tersebut dan anak-anaknya di Restoran Tawakkal.
Dimaklumkan wanita tersebut tiba sedikit lewat kerana terpaksa menghadiri satu temuduga kerja di sekitar Bukit Beruntung.
Ketika dalam perjalanan ke Rasa, Uncle Kentang telah dihubungi oleh Pengasas Pertubuhan Kebajikan Darul Jariyah, Jah Awang Kenit yang turut sama ingin membantu keluarga malang itu.
Kehadiran Uncle Kentang di restoran Tawakkal kemudiannya dikunjungi Ketua Balai Polis Rasa, Sarjan Mejar (SM), Ferdaus Jahya yang hadir untuk turut sama membantu keluarga tersebut dengan menawarkan tempat untuk mereka sekeluarga makan dan berehat di Balai Polis tersebut.
Setelah menunggu hampir 30 minit, wanita tersebut tiba dengan keretanya dan Uncle Kentang kemudiannya terus menghampiri keluarga berkenaan.
Tuan Ferdaus dan Uncle Kentang mengintai melalui cermin tingkap kereta tersebut dan melihat situasi anak-anak tersebut yang duduk dalam keadaan berhimpit sesama mereka dan ada yang sedang tidur dilantai kereta.
Kelihatan anak-anak yang masih kecil yang berusia 14, 10, 8, 3, 2 tahun berada di dalam kereta berpeluh kepanasan dan dimaklumkan bahawa keretanya mengalami masalah penghawa dingin.
Kemudiannya keluarga malang itu dibawa ke Balai Polis Rasa untuk berehat dan makan tengahari di sana.
Kehadiran keluarga tersebut disambut baik oleh anggota Balai Polis Rasa dalengan membawa mereka sekeluarga ke bilik mesyuarat untuk berehat.
Uncle Kentang kemudiannya membeli nasi goreng dan air dan diberikan kepada anak-anak wanita tersebut kerana dimaklumkan mereka masih belum makan lagi.
Kisah sedihnya bermula apabila wanita itu telah diberhentikan kerja pada bulan Mac 2020 sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dan terus pulang ke kampung halamannya di Termeloh, Pahang.
Wanita tersebut kini sedang dalam proses penceraian namun kesnya ditangguhkan kerana PKP.
Dimaklumkan suaminya tidak pulang ke rumah sudah lebih 4 bulan sejak penghujung bulan Februari yang lalu.
Lebih malang lagi apabila Ibu muda tersebut bersama 6 orang anaknya diusir dari rumah sewa setelah suaminya gagal menjelaskan hutang sewa yang tertunggak beberapa bulan.
Namun dia tidak berputus asa dan meneruskan kehidupannya dengan mencari kerja disekitar Selangor demi menyara 6 orang anak-anaknya yang masih kecil.
Wanita tersebut cuba mencari rumah sewa sekitar Rasa dan Bukit Beruntung namun dia tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar deposit.
Tiada pilihan lain, ibu muda itu terpaksa mencari stesen minyak berdekatan untuk bermalam serta menggunakan kemudahan tandas bagi membersihkan diri mereka di situ.
Sedar tidak sedar sudah 5 hari dia dan anak-anaknya bermalam di dalam kereta dan duit untuk membeli makan hanya tinggal RM30 terakhir dalam sakunya.
Katanya dia terpaksa tebalkan muka meminta pertolongan Uncle Kentang kerana memikirkan keadaan anak-anaknya serta dirinya yang sudah hilang tempat bergantung dan kelaparan.
Ujian demi ujian menimpa dirinya apabila dia kini disyaki menghidap kanser payu dara namun Uncle Kentang telah menyatakan hasratnya untuk membantu urusan penghantaran ke hospital pada bila-bila masa.
Dalam masa sama, anaknya yang berusia 2 tahun mempunyai masalah jantung berlubang dan masih menerima rawatan susulan di Hospital Serdang dua kali setahun manakala anaknya yang berumur 5 bulan pula menghidapi ketumbuhan di leher namun belum dapat dikenalpasti.
Satu laporan polis juga telah dibuat dan diambil sendiri oleh SM Ferdaus Jahya di Balai Polis Rasa.
Terkini dia dan anak-anaknya ditempatkan di sebuah hotel yang dibiayai oleh Darul Jariyah sementara mereka sekeluarga dapat menyewa rumah.
Pertemuan singkat itu menyentuh hati pelbagai pihak terutama Uncle Kentang kerana dalam masa yang sama anaknya yang berusia 2 tahun memeluk erat aktivis masyarakat disepanjang pertemuan tersebut berlaku.
Kata-kata semangat terus diberikan kepada wanita tersebut dan bantuan akan diberikan sehingga dia mendapat pekerjaan serta pendapatan tetap.
Berita baik yang diterima hari ini apabila Pusat Zakat Selangor turun menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada ibu muda tersebut.
Jutaan terima kasih dirakamkan kepada Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Ketua Balai Polis Rasa, SM Ferdaus Jahya, Lembaga Zakat Selangor, Darul Jariyah dan orang ramai yang menyalurkan sumbangan kepada keluarga tersebut.
Thanks for some other magnificent post. The place else may just anyone get that type of info in such an ideal manner of writing? I have a presentation subsequent week, and I am at the search for such info.