NGO

Latar Belakang

Kami merupakan sekumpulan kecil anak Malaysia yang hanya rakyat biasa mula terlibat dalam tanggungjawab sosial sekitar tahun 2005.

Pada tahun 2005, kadar jenayah negara meningkat dengan mendadak. Dalam mencari penyelesaian tersebut kami mendapati bahawa kemiskinan adalah punca kepada keluarga yang berpecah-belah dan menyumbang kepada ketidakpatuhan sosial yang membawa kepada keingkaran undang-undang.

Tahap kepercayaan dan persefahaman di kalangan penduduk dalam masyarakat bandar boleh dikatakan terjejas dan sangat kurang yang mana unsur-unsur tidak diingini serta menjerumuskan diri mereka ke lembah jenayah.

Oleh itu, kami mula menjalankan program dan inisiatif untuk membina semula masyarakat dan meningkatkan kualiti hidup (QOL) dalam usaha kami untuk mengurangkan jenayah dan perselisihan.

Hari demi hari berlalu, kami memutuskan untuk membentuk NGO yang sesuai untuk melaksanakan semua inisiatif tersebut. Kami menubuhkan Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia di bawah inisiatif kepolisan komuniti untuk menangani situasi jenayah pada hari-hari awal untuk menggalakkan penyertaan orang awam bagi menjaga komuniti mereka sendiri.

Ketika memulakan usaha bagi mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan kualiti hidup, kami melihat keperluan untuk mempunyai NGO amal agar lebih sesuai dan disesuaikan dalam memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Oleh itu, lahirnya Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia pada tahun 2019 yang mana kami boleh memberi lebih tumpuan kepada penyelesaian yang boleh dilaksanakan dan boleh dilakukan bagi menjaga rakyat Malaysia yang memerlukan dan meningkatkan kualiti hidup mereka sekaligus mengatasi masalah gejala sosial.

Lagi paparan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button