Saya makan keseorangan. Dan saya tah pau untuk staf saya enjoy ubi kayu. Bila I nak bayar, pekerja kedai kata ada orang sudah bayar untuk saya. Terkejut saya. Saya tanya siapa bayar, dan pekerja kata ada lelaki tadi bayar.
Saya sempat ambil no kereta sahaja kerana kereta meluncur pergi tanpa memberitahu saya dia telah bayarkan. Pesan beliau dengan pekerja.
Jaga orang baik. No kereta beliau sempat saya catit dalam minda WGV 4334.
Panggilan telepon masuk. Ada seorang nazak di Institut Kanser Negara. Kena sidai dengan ambulan lain. Janji datang tetapi selepas 3 jam masih belum sampai.
Pesakit nazak dan ingin pulang ke rumah. Saya terus bergegas dengan ambulan ke IKN.
Sementara itu panggil team satu lagi menghala dan kita lihat siapa akan sampai dulu dan uruskan, SAYA TAK SEPATUT PUN PERGI.
Panggil sahaja 15 minit dah sampai.
Saya kata boleh bayar apa yang kamu rasa ok. Saya masuk kedalam Emergency IKN dan bertanya kepada medical officers mengenai pesakit semalam.
Selepas 5 minit, pesakit nazak pun turun dan di masukkan kedalam amb. ulan yang satu lagi di pandu oleh Shafiq dan AMP Haris Cheng
Muka dia sedih. Terkejut saya lihat anak kecil dalam ambulan. Perempuan. Ini anak sulung kami. Umur? 15 tahun. Saya melihat anak perempuan merenung wajah ayah yang dalam keadaan tenat dan sakit.
Mata beliau seolah olah mau menangis.
I TAK SANGGUP LIHAT ANAK PEREMPUAN UMUR 15 TAHUN MERENUNG WAJAH AYAH NYA YANG BAKAL MENINGGALKAN DIA SELAMA LAMA NYA.
I bersalam dengan pemanggil. Maklum dia tak perlu bayar apa apa.