Uncle Kentang

Our Event

Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

“Malaysia Berakhlak Mulia : Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar”

30 8 月, 2023

Merdeka, Merdeka, Merdeka !!!

Selamat menyambut bulan kemerdekaan yang ke-66 buat negara Malaysia yang ku cintai !!!

Aku sangat bangga menjadi salah seorang rakyat Malaysia yang mempunyai banyak kelebihan dan kesempurnaan.

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) menganjurkan Malaysia #QuranHour kali ke 9, bertemakan “Malaysia Berakhlak Mulia : Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar” sempena sambutan Hari Kebangsaan ke 66 dengan membawa misi Surah Al-Fatihah, Surah Al-Insan dan Surah Al-Asr di lokasi perdana, Majid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada pukul 12 hingga 1 tengah hari, pada 30 Ogos 2023.

Malaysia #QuranHour adalah kempen MengQurankan Bangsa, Mengikhlaskan Ummah dengan mengajak rakyat Malaysia di dalam dan luar negara untuk berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal. Ia bermula dengan penganjuran #MalaysiaNgaji dan telah dilaksanakan di seluruh negara semenjak 2015.

Pada tahun ini, Surah Al-Fatihah (Pembukaan), Surah Al-Insan (Manusia) dan Surah Al-Asr (Masa) menjadi surah pilihan bagi mengangkat tema “Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar” dalam membentuk Malaysia Madani, negara yang sejahtera, harmoni, dan progresif. Dengan berpandukan kepada al-Quran dan Hadis, ia dapat membentuk kerangka fikir dan karakter diri yang mulia, seterusnya dapat menjiwai kemerdekaan sebenar dalam kalangan rakyat, khususnya golongan belia.

Pemuda menjadi tonggak dan aset penting dalam pembinaan negara. Tema “Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar” dicetuskan daripada pepatah Arab, “Pemuda hari ini, pemimpin hari esok” mengenai pembinaan pemuda yang akan menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.

Surah Al-Asr antara surah terpendek tetapi membawa nilai yang besar iaitu masa. Pemuda mempunyai banyak masa tetapi malangnya kebanyakan masa mereka tidak digunakan untuk mencambahkan projek-projek kebaikan. Surah ini mendidik pemuda untuk mengambil tindakan segera, “sense of urgency” dan menggunakan masa lebih produktif serta proaktif agar tidak rugi.

Surah Al-Insan membawa 11 karakter Abrar iaitu orang yang memimpin projek-projek pembangunan masyarakat. Dengan memiliki karakter tersebut, pemuda-pemuda ini bangkit dari tidur dan memanifestasikan pelbagai projek keinsanan, seterusnya melahirkan lebih ramai lagi generasi Abrar.

Surah Al-Fatihah (Pembukaan), surah pertama dalam al-Quran merupakan pembuka potensi manusia untuk menjadi individu yang mahir (mastery). Sebanyak 7 ayat dalam Surah Al-Fatihah ini yang diulang setiap hari paling kurang 17 kali membawa pendidikan untuk meningkatkan kemahiran setiap Muslim.

Malaysia #QuranHour memfokuskan tujuh formula berpandukan Surah Al-Fatihah untuk memupuk dalam diri setiap pemuda Islam yang bakal memimpin dan membawa Malaysia ke arah negara yang berintegriti dan berkemahiran tinggi.

Tiga surah tersebut menjadi panduan untuk membina berkemahiran (mastery) dalam membina pelbagai projek yang membina negara dan pastinya akan membina pemimpin yang akan memimpin negara pada masa akan datang. Pemuda Merdeka, Pemuda Abrar!

#QuranHour merupakan sebuah gerakan yang diinisiatifkan oleh WUIF bertujuan menggalakkan setiap individu berinteraksi dengan Al-Quran melalui Baca, Faham dan Amal. Ia adalah sebuah usaha untuk melakukan anjakan paradigma atau menukar kerangka fikir sehingga lahir karakter mulia.

Kempen-kempen utama yang dijalankan oleh pihak WUIF adalah World #QuranHour, Arafah #QuranHour, Malaysia #QuranHour, dan World #QuranConvention. Kempen yang dibawakan dari Malaysia ke seluruh dunia ini bermula sejak tahun 2015 hingga sekarang, diadakan secara tahunan dan telah memasuki di 70 negara serta mencapai 5.22 bilion capaian media sosial pada tahun ini.

Malaysia #QuranHour disambut baik oleh semua rakyat Malaysia di negara dan luar negara. Ia adalah kempen utama anjuran WUIF yang dibentuk melalui solidariti ummah, dengan penglibatan pelbagai rakan sinergi terdiri dari rangkaian media utama Negara, badan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat, awam, agensi, serta individu dari pelbagai kluster masyarakat

WUIF sebagai pelopor gerakan kempen #QuranHour turut dalam usaha menggerakkan QuranicValley atau Lembah Al-Quran sebagai matlamat jangka panjang menuju 1500H di mana pelbagai program Baca, Faham & Amal al-Quran telah disusun bagi membentuk generasi yang berpegang teguh, berfikir dan berakhlak al-Quran. Semua program QuranicValley dibangunkan daripada hasil Tabung Gerakan Al-Quran dan Wakaf Al-Quran untuk Ummah.

Pelbagai program disusun dan diterbitkan di bawah Quranic Valley untuk di sampaikan kepada semua lapisan masyarakat. Antara program-program di bawah QuranicValley adalah My #Qurantime, My #HadithTime, Wacana al-Quran, Quranic Solution, Talian Jiwa, Soul Fitness, Tick Talk TV Premiere (Malaysia) dan Tick Talk International, Moms’ Coffee Talk, Mengopi Bersama Ayah, Majlis Ayah, Jom Mengaji Sebelum Tidur, dan Lockdown: Hidupkan Mihrab di Rumah.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023, mari kita bersama mendoakan rakyat negara ini menjadi insan yang

terbaik dan berkualiti untuk membina keluarga, organisasi, masyarakat dan Negara Berbudi dan Penyayang.
Jom sertai Malaysia #QuranHour, program berinteraksi al-Quran melalui Surah Al-Insan, Al-‘Asr dan Al-Fatihah untuk mencapai misi “Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar.”

Details

Date:
30 8 月, 2023