Berita

Bantu Urus Jenazah Ibu dan Bayi Warga Indonesia

PUTRA PERDANA – Tiada perkataan yang mampu diungkapkan oleh aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang apabila terpaksa berhadapan dengan satu kes menyayat hati bila seorang ibu dan bayinya meninggal dunia sewaktu kelahiran kerana tidak mampu mendapatkan rawatan di hospital di Puchong Perdana, di sini semalam.

Kuan berkata, segalanya bermula apabila beliau dihubungi seseorang yang memaklumkan sepasang suami isteri warga Indonesia sedang berhadapan dengan ‘kecemasan’ di sebuah rumah di sana.

Menurut Kuan, beliau kemudian berkejar ke rumah tersebut sebelum mendapati seorang wanita dalam usia 30an telah meninggal dunia.

Lebih menyayat hati, kata Kuan, bayi perempuan yang dilahirkan turut sama meninggal dunia dan berada di hujung kaki ibunya itu.

“Saya diberitahu oleh si suami yang dia bimbang ke hospital kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk membawa isterinya ke sana. Lalu dia mengambil keputusan membenarkan isterinya bersalin di rumah sahaja.

“Namun malangnya si isteri kemudiannya mengalami komplikasi sewaktu melahirkan bayi tersebut.

“Si isteri akhirnya meninggal dunia, bayi tersebut juga meninggal dunia sebaik sahaja dilahirkan,” katanya lagi.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

4 Comments

  1. I was very pleased to find this web-site.I wanted to thanks for your time for this wonderful read!! I definitely enjoying every little bit of it and I have you bookmarked to check out new stuff you blog post.

  2. I got what you mean , appreciate it for posting.Woh I am happy to find this website through google. “It is a very hard undertaking to seek to please everybody.” by Publilius Syrus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button