Statistik terkini WHO dikemaskini 8.00 pagi, 6 Mac 2020.
Kes kematian di Perancis bertambah menjadi 7 kes, Amerika Syarikat 12 kes dan United Kingdom mencatatkan 1 kes kematian pertama akibat COVID-19
Malaysia merekodkan 55 kes termasuk 22 kes yang sembuh dan discaj.
KKM menasihatkan orang ramai menangguh perjalanan ke bandar atau wilayah yang dilanda wabak. Jika tiada urusan penting, sila tangguhkan perjalanan anda ke:
1. Lombardy, Veneto dan Emilia-Romagna di Itali
2. Hokkaido di Jepun
3. Tehran, Qom dan Gilan di Iran.