Bas Sewa RM70 Untuk Warga Puchong
PUCHONG UTAMA – Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan bas sewa RM70 untuk anak-anak, janda-janda dan bapa tunggal Puchong yang ingin melangsungkan perkahwinan namun tidak cukup modal untuk membawa sanak saudara ke majlis perkahwinan tersebut.
Ini bukanlah omong-omong kosong kerana anda semua sedia maklum bahawa saya memiliki sebuah bas yang mampu memuatkan 31 penumpang pada satu masa.
Tawaran ini terbuka bagi mereka yang tinggal di kawasan Puchong sahaja kerana pejabat operasi saya adalah di Puchong Utama. Buat masa ini, kegunaan bas hanyalah dalam likungan 50km dari Puchong sahaja kerana pemandu saya adalah dari kalangan pilot ambulans percuma dan tidak mahu mereka letih jika perjalanan jauh.
Terima kasih kepada anda semua yang sentiasa menyokong dan berkongsi setiap “posting” saya di Facebook.