BeritaKebajikan

Hantar Jenazah Arwah Suami Ke Bera

Awal pagi saya telah terima panggilan dari seseorang yang mahu mendapatkan perkhidmatan van jenazah dari Hospital Kajang ke Bera, Pahang.

Terus saya hubungi pasukan sukarelawan untuk membawa van jenazah segera ke Hospital Kajang.

Setiba di Unit Forensik Hospital Kajang kelihatan keluarga arwah sedang menunggu dibawah pondok sementara jenazah dimandikan.

Arwah meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki berusia 6 tahun.

Saya sempat berbual dengan isteri arwah, Rizaimah Bekri, arwah suaminya meninggal dunia selepas Subuh tadi.

Arwah suaminya sudah lama menanggung sakit dan mereka sekeluarga terpaksa menumpang sementara di rumah saudara di Kajang.

Mereka sekeluarga hilang punca pendapatan semenjak arwah jatuh sakit malah sering berulang alik dari rumah ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Menurut Rizaimah, arwah suaminya berasal dari Bera Pahang dan jenazah akan dibawa pulang untuk dikebumikan di sana.

Saya turut memberikan sedikit sumbangan dan mengatur pasukan sukarelawan van jenazah untuk menghantar jenazah suaminya ke Bera, Pahang.

Terima kasih buat sukarelawan van jenazah yang sedia berkhidmat 24 jam bagi membantu orang susah.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Back to top button