Berita

Rai Anak-Anak Pangsapuri Damai Setiap Minggu

Lebih 40 anak-anak Pangsapuri Damai, Damansara diraikan pada setiap jumaat malam bagi mengeratkan hubungan silaturrahim diantara mereka.

Sudah setahun aktiviti ini diadakan dan kini masyarakat sekeliling juga turut memberikan kerjasama bagi menjayakan program tersebut.

Pengasas program, Zulkifli berkata, aktiviti ini pada mulanya dilakukan hanya suka-suka bersama jiran-jiran namun mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk di sini.

“Aktiviti ini hanya dilakukan sekadar suka-suka dan bertujuan untuk meraikan anak-anak penduduk.

“Sumbangan dari penduduk juga melicinkan lagi aktiviti kami bersama anak-anak malah menu juga diganti pada setiap minggu supaya mereka tidak jemu.” katanya.

Menurutnya lagi program ini tidak akan berjaya jika tiada sokongan daripada sahabat-sahabat yang sentiasa membantu.

Kelihatan anak-anak sangat ceria dapat makan bersama dan saling berkongsi cerita diantara mereka.

Disiplin mereka juga sangat tinggi kerana pinggan yang telah digunakan akan dibasuh dan diletakkan pada rak untuk kegunaan akan datang.

Turut hadir, Uncle Kentang yang turut memberikan beberapa sumbangan makanan di sini.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button