BeritaKebajikan

Hantar Pek Nasi Kepada Golongan Asnaf

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan pada 18 Mac lalu, ramai keluarga-keluarga miskin dan susah menghubungi Uncle Kentang bagi mendapatkan bekalan makanan kerana mereka tidak mempunyai punca pendapatan.

Baru-baru ini, Uncle Kentang telah membantu beberapa keluarga yang putus bekalan makanan dengan menghantar pek nasi kepada mereka.

200 pek nasi berlauk itu diedar sendiri oleh Uncle Kentang ke kediaman golongan asnaf di kawasan Puchong meskipun hujan lebat pada sebelah petangnya

Keperihatinan Uncle Kentang terhadap penduduk Puchong yang kelaparan amat dititik beratkan oleh beliau malah pek tersebut dihantar sendiri olehnya sehingga depan pintu rumah mereka.

Dalam pada itu, 100 pelajar Sarawak dan Sabah yang terkandas di Damai Court Batu 14, Puchong turut diberikan pek makan agar mereka tidak kelaparan.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button