BeritaKebajikan

Klinik Kesihatan Kajang Terima 3 Unit Penghawa Dingin

Penularan wabak COVID-19 semakin mengganas dan disebalik keadaan yang membimbangkan sekarang, barisan hadapan yang paling banyak berkorban tenaga pastinya pasukan perubatan yang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa penghidap virus berkenaan.

Encik Yusof dari Klinik Kesihatan Kajang menghubungi Uncle Kentang memohon sumbangan penghawa dingin mudah alih kepada para pekerja barisan hadapan yang perlu berada di khemah khas dan terpaksa bekerja berjam-jam dalam keadaan panas.

Peka dengan keadaan tersebut Uncle Kentang memulakan kutipan dana didalam Facebooknya bagi membeli penghawa dingin mudah alih kepada klinik berkenaan.

Hasil sumbangan orang ramai berjaya mengumpul lebih RM5,000 dalam masa kurang 3 jam sahaja.

Seterusnya pembelian 3 unit penghawa dingin mudah alih tersebut terus dihantar kepada Klinik Kesihatan Kajang sekitar jam 3.10 petang tadi.

Terima kasih buat seluruh rakyat Malaysia yang sangat peka serta bermurah hati dan saling bantu diantara satu sama lain.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button