Hospital Kuala Lumpur Terima Sumbangan “Hand Sanitizer”

Community Policing Malaysia (CPM) dengan kerjasama Crid Studio Sdn Bhd telah menghulurkan sumbangan “Hand Sanitizer” kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.

Pengarah Bahagian Operasi, CPM, Benji S G Ong, 60, berkata sumbangan berkenaan adalah bertujuan untuk membantu HKL kerana “Hand Sanitizer” amat sukar untuk di peroleh pada masa ini.
“Pemberian ini dapat memberikan perlindungan kepada frontliner (barisan hadapan) berhadapan dengan situasi wabak COVID-19 di sini.
“Sumbangan ini tidak akan berhenti di sini kerana pihak CPM akan meneruskan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada pihak hospital pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi.
Benji juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Presiden Malaysian Society of Wound Care Professionals, Prof Dr Harikrishna K R Nair kerana turut membantu memudahkan penghantaran sumbangan tersebut.
As I site possessor I believe the content matter here is rattling wonderful , appreciate it for your efforts. You should keep it up forever! Best of luck.