Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia. Pusat Pungutan Zakat (PPZ) kini membuka bantuan khusus untuk semua warganegara Malaysia berbilang bangsa dan agama yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Siapakah yang layak memohon?
- Golongan B40 pendapatan isi rumah <RM4360 sebulan
- Penjaja / peniaga kecil
- Pekerja dan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan seperti diberhentikan kerja, separuh gaji & cuti tanpa gaji
?Pemohon dikehendaki membaca terma dan syarat serta panduan yang telah digariskan
?Pastikan dokumen di muat naik dengan lengkap bagi memudahkan urusan permohonan
Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik :
- Salinan Kad Pengenalan
- Bagi yang bekerja – Slip Pendapatan / Pengesahan Pendapatan / Pengesahan pemberhentian kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan
- Bagi Peniaga / Penjaja Kecil – Lesen Perniagaan / Resit Sewa Tapak atau lain-lain dokumen
Sebagai panduan, ikuti langkah-langkah permohonan seperti yang berikut:
(Silakan share bagi membantu rakan-rakan atau ahli keluarga yang memerlukan)
suhanakassim05@gmail.com.my
Memerlukan bantuan makanan
Salam sejahtera kepada Tuan/Puan,
Saya Disini Mempunyai Masalah Tidak Dapat Memohon Bantuan Dari Kerajaan Sebab Status Saya Tidak Ada Pendaftaran Cerai Kerana Suami Tinggalkan… Bagaimana Saya Nk Mohon Bantuan..sangat perit Saya Nak Jalani Kehidupan Tanpa Wang Dan Makanan Akibat pkp Ni….
Harap pihak Tuan/Puan dapat membantu Saya Secepat Yg Mungkin…