Berita

Berbuka Bersama 105 Orang Asnaf

Kempen berbuka puasa bersama keluarga asnaf merupakan cetusan idea aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) dalam usaha membantu mereka yang susah untuk menikmati juadah berbuka dengan menu lebih sedap.

Program dengan kerjasama Restoran Chef Gemok yang bermula sejak 1 Ramadhan itu, telah memberi peluang kepada 105 keluarga asnaf untuk menikmati juadah berbuka tersebut.

Kesemua senarai penerima makanan dan keluarga asnaf ini dikendalikan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk atau jawatankuasa surau masing-masing.

Satu set juadah berbuka boleh dinikmati oleh 4-5 orang dan sehingga kini seramai 21 keluarga telah menikmati manfaat daripada kempen tersebut.

Kempen ini mendapat sokongan serta sumbangan daripada orang ramai yang rata-rata telah menyalurkan sekurang-kurangnya RM35 bagi satu set juadah tersebut.

Orang ramai yang berminat untuk menyalurkan sumbangan boleh layari www.kentangfund.com atau hubungi 0182683999 (Uncle Ketang) untuk maklumat lanjut.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

One Comment

  1. You can certainly see your skills in the work you write. The world hopes for even more passionate writers like you who are not afraid to say how they believe. Always follow your heart.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button