Makanan Percuma Untuk Asnaf di Miri
Dapur Umum telah melebarkan sayapnya bagi memberi bantuan makanan secara percuma kepada golongan asnaf di Miri, Sarawak.
Ianya adalah satu inisiatif di antara aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) dengan kerjasama Cafe Inc. bagi membantu orang susah terutama golongan asnaf di sana.
Pemilik Cafe Inc., Shah Izuandi, berkata ilham untuk membuka Dapur Umum ini setelah melihat usaha Uncle Kentang memberi makan kepada orang susah di Puchong.
“Sahabat saya Albert Chung telah memberikan idea untuk membuka Dapur Umum di Miri,
“Setelah mendapat persetujuan daripada Uncle Kentang, saya terus menyediakan menu untuk juadah berbuka puasa kepada keluarga asnaf,” katanya.
Menurut Shah, Dapur Umum terbuka kepada semua golongan tanpa mengira agama, bangsa atau kaum kerana matlamat utama adalah untuk membantu mereka yang susah dan lapar di Miri.
“Dianggarkan RM50 bagi 5 orang untuk satu keluarga termasuk dengan penghantaran.
Cafe Inc. turut mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai bagi melancarkan program Dapur Umum agar golongan asnaf di Miri tidak perlu susah hati lagi untuk mencari makan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Shah ditalian 0105696935.
