Berita

Tak Sampai Sejam Oder Sudah Lebih 100 Set

Pulut kuning kari ayam merupakan makanan tradisi masyarakat Melayu yang sering menjadi pilihan bagi majlis-majlis formal dan sebaliknya.

Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) terpanggil untuk membantu seorang makcik Melayu yang hilang punca pendapatan dengan mempromosikan pulut kuning kari ayam dilaman facebooknya, hari ini.

Sambutan amat luar biasa apabila 100 set pulut kuning bersama kopi hijau keluaran Uncle Kentang menjadi pilihan penduduk di sini.

Pulut kuning kari ayam berharga RM7.00 setiap satu dan tambahan hanya RM1.00 bagi mendapatkan secawan kopi hijau keluaran Uncle Kentang.

Penghantaran bagi kawasan Puchong adalah percuma bagi jarak bawah 5 kilometer dan sebaliknya caj minimum akan dikenakan mengikut jarak kilometer.

Selain itu, mereka yang berdekatan boleh terus dapatkan tempahan di Seven Cafe di alamat 25, Jalan PP 2/2, Taman Putra Prima, 47100 Puchong, Selangor.

Setiap pembelian, sebanyak RM2.00 akan disalurkan ke tabung ambulans dan van jenazah Uncle Kentang.

Sila hubungi 012 251 1976 untuk tempahan pulut kuning kari ayam.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button