Uncle Kentang Menangis Pada Majlis Pelancaran Buku “Sementara Ku Di Sini”
Buku catatan hidup aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) telah dilancarkan di Dataran Puchong, Puchong Utama, baru-baru ini.
Majlis yang diadakan secara santai itu, menerima kunjungan lebih 100 kehadiran terdiri dari rakan-rakan dan kenalan.
Keceriaan terpancar diwajah Uncle Kentang apabila Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Roslan Bek Ahmad, yang merupakan bekas bos lamanya ketika bertugas dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dahulu.
Selain itu, rakan sekolahnya sejak dari darjah 1, Yeo Thian Huat, juga turut hadir memberi sokongan kepada Uncle Kentang pada majlis tersebut.
Bagi Uncle Kentang, Sementara Ku Di Sini bermaksud dirinya tidak akan lama di dunia ini, oleh itu sentiasalah buat yang terbaik selagi ada hayat.
“Buku ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai supaya jangan mudah berputus asa walau apa jua masalah yang melanda kerana ada hikmah disebaliknya.” katanya.
Beberapa sejarah perjalanan hidupnya turut dikongsikan pada majlis tersebut dan menyentuh perasaan para hadirin.
Menyentuh mengenai ibunya yang mengambil upah mencuci rumah, dia tidak sanggup melihat ibunya mengangkat “tong tahi”, dan dia sendiri yang akan melakukannya membantu ibunya.
Sambil mengesat air matanya Uncle Kentang tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan keadaan keluarganya ketika beliau masih kecil.
Lebih banyak lagi kisah menarik yang Uncle Kentang kongsikan didalam buku terbitan Sabil Events hasil penulisan Baharuddin Bekri.
Buku Sementara Ku Di Sini boleh didapati di www.kentangcafe.com dengan harga RM35 senaskah tidak termasuk kos penghantaran.