Berita

Virtual Run MyHeart Bantu Kutipan Dana Pembedahan Jantung Kanak-Kanak

Seramai 30 orang sertai virtual run anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pertubuhan Kesihatan Jantung Malaysia (MyHeart) yang telah diadakan di Taman Botani Negara Shah Alam, hari ini.

Tujuan larian tersebut diadakan adalah untuk mengumpul dana bagi membantu dua pesakit jantung kanak-kanak yang perlu menjalani pembedahan.

Acara larian tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Hospital, Datuk Dr Heric Corray.

Turut hadir pada perasmian tersebut, aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) dan Ketua Unit Program Myheart, Dr Wan Ahmad Afiq.

Virtual run ini membenarkan peserta melakukan larian di mana sahaja dengan jarak sejauh 10km serta memuat naik gambar larian kepada urusetia sebagai tanda sokongan kepada acara ini.

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi urusetia ditalian 601124266348 (Mr Shukri) atau layari https://tinyurl.com/myheartcharityvirtualrun.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button