OKU Sentral Agih 120 Pek Bantuan Makanan Dan Beras Bersama Uncle Kentang
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah diperintahkan oleh kerajaan kepada negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dari 14 hingga 27 Oktober ini berikutan peningkatan kes COVID-19 di negeri ini.
Ramai masyarakat terjejas akibat PKPB kali kedua ini terutama bagi mereka yang memiliki pendapatan tidak tetap dan bergaji harian.
Oleh itu, pelbagai usaha dan bantuan dari Badan Bukan Kerajaan (NGO) terutama OKU Sentral yang turut membantu golongan asnaf bagi meringankan beban mereka.
Pengasas OKU Sentral, Senator Ras Adiba Radzi, turut hadir memberi bantuan makanan seperti barangan kering dan beras kepada 120 keluarga di Program Perumahan Rakyat (PPR) Pinggiran Bukit Jalil dan Flat Puchong Permai.
Turut hadir, aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) bersama-sama mengagihkan sumbangan tersebut kepada masyarakat setempat.
Selain itu, satu kejutan turut diberikan kepada A. Kuppu A/P T. Arumugam apabila Uncle Kentang dan Ras Adiba turut meraikan sambutan hari lahir di kediamannya di PPR Pinggiran Bukit Jalil.