Uncle Kentang Serah Van Khas Bawa Pesakit Covid-19 Kepada CAC
Bimbang dengan statistik Covid-19 yang kian meningkat, aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) telah menyerahkan sebuah van khas bagi membawa pesakit Covid-19 kepada Covid-19 Assessment Centre (CAC) Travel Lodge Hotel, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Van khas Covid-19 ini telah diubah suai seakan-akan sebuah ambulans yang memuatkan sebuah strecher dan tempat duduk khusus membawa pesakit positif.
Menurut Uncle Kentang, tujuan utama van khas Covid-19 ini adalah untuk menghantar pesakit yang disahkan positif dan bergejala ke hospital bagi menerima rawatan.
Selain itu, dengan adanya van khas Covid-19 ini, ianya dapat mengurangkan masa menunggu ketibaan ambulans kerana adakalanya mereka terpaksa respons kes kecemasan seperti kemalangan jalan raya, sakit jantung dan sebagainya.
Uncle Kentang juga berharap agar lebih banyak van khas Covid-19 ini ditempatkan di CAC yang lain agar pesakit dapat menerima rawatan secepat mungkin sekaligus dapat mengurangkan kadar kematian akibat Covid-19.