Burger Rakyat GTR Kualiti Harga, Murah
Pengumuman terbaru dari GTR Burger pasti menjadi berita gembira bagi ramai rakyat yang kini terhimpit dengan keadaan ekonomi yang semakin mencabar.
GTR Burger memahami sepenuhnya cabaran yang dihadapi oleh masyarakat, terutama dengan penurunan jualan yang ketara seperti yang diperhatikan dalam penjualan.
Pelanggan setia kami yang sebelum ini selalu memesan “Burger local beef” yang berharga RM12 kini beralih kepada burger smokey yang lebih murah pada harga RM6.50.
Fenomena ini memberi petunjuk yang jelas bahawa penurunan kuasa beli telah memberi kesan kepada pilihan pembelian pelanggan.
Oleh itu, kami di GTR Burger telah memutuskan untuk mengambil tindakan yang drastik selepas perayaan Hari Raya ini.
Merela akan memperkenalkan “Burger Rakyat” yang lebih berpatutan dari segi harga untuk membolehkan semua golongan masyarakat menikmati hidangan kami.
Sebelum ini, harga burger GTR agak tinggi disebabkan oleh penggunaan patty yang berbeza dan berkualiti tinggi.
Namun, kami mengakui bahawa kemampuan membeli rakyat adalah faktor utama yang harus diberi perhatian.
Dengan itu, dengan sukacitanya saya ingin mengumumkan bahawa Burger Rakyat GTR di Semenanjung akan dijual pada harga yang berpatutan iaitu RM4.00 sahaja untuk patty berat 60gm, berbanding dengan harga burger kami yang paling murah pada masa ini iaitu RM5.99 sebiji.
Bagi kawasan Sabah dan Sarawak, kami akan mengumumkan penurunan harga tidak lama lagi, walaupun kos pembuatan patty di sana agak berbeza.
Diharapkan berharap dengan inisiatif ini, dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.
Harga bagi burger lain akan kekal seperti biasa. Kami mengalu-alukan semua untuk mencuba Burger Rakyat GTR yang baru ini. Terima kasih.