Menyemai Minat Fotografi di Kalangan Pelajar

Team Media daripada Ahmad Firdaus, Nabil Sayuti, dan Rizmi, telah memberi peluang untuk berkongsi pengalaman mereka dalam penggunaan dan pengendalian kamera kepada 47 orang pelajar kelab fotografi Sekolah Menengah Pusat Bandar Puchong.
Firdaus jika merupakan seorang fotografer berpengalaman serta mempunya beberapa teknik fotografi di sini.
Beliau memberi penekanan kepada elemen-elemen asas seperti pencahayaan, komposisi, dan kreativiti dalam fotografi.
Dengan keterampilan yang kukuh dan pengalaman yang luas, Firdaus berjaya menarik minat pelajar-pelajar dengan contoh-contoh praktikal dan beberapa pengalaman sendiri.
Sementara itu, Nabil Sayuti, seorang pencinta fotografi yang bersemangat, membawa kelainan kepada perbincangan dengan pendekatan yang lebih santai dan interaktif.
Beliau menggunakan pendekatan bermain-permainan untuk melibatkan pelajar-pelajar dalam pembelajaran mereka.
Dengan cara ini, beliau berjaya menyampaikan konsep-konsep fotografi secara mudah difahami dan menyeronokkan.
Rizmi memberitahu bahawa fotografi bukan sekadar tentang menangkap gambar, tetapi juga tentang kreativiti dan memahami perbezaan individu dalam seni visual ini.
Respons positif daripada pelajar-pelajar ini telah membuka peluang untuk mereka untuk kembali dalam perjumpaan seterus pada bulan Julai akan datang.
Semoga perjumpaan akan datang akan memberikan lebih banyak peluang untuk berkongsi pengetahuan dan bakat-bakat baru dalam dunia fotograf.
Fantastic website. Plenty of useful info here. I¦m sending it to several pals ans additionally sharing in delicious. And certainly, thanks for your sweat!